• Bersama dalam misi kebajikan kesihatan

Get UPdate

Medik Nur > Medik Nur | Mengenai

Medik Nur | Mengenai

Mengenai Medik Nur

Kata Pengantar

Penubuhan Medik Nur Rahmah Berhad, MNRB sebagai Syarikat Berhad Menurut Jaminan, CLBG memberi peluang kepada rakyat khasnya di Lembah Klang untuk menyumbang kepada MNRB bagi membantu pesakit mendapat rawatan di Hospital Swasta. Bantuan ini boleh dalam bentuk infaq tunai atau wakaf peralatan perubatan saperti kerusi roda, katil pesakit serta kerusi hemodialisis.

Ramai pesakit yang tidak mampu untuk mendapat rawatan di Hospital Swasta tetapi tidak juga mampu menunggu untuk mendapat rawatan di hospital awam. Melalui penubuhan MNRB ini, mereka dapat disantuni dengan sebaiknya. Selama 4 tahun ditubuhkan MNRB telah membantu seramai 118 pesakit dalam pelbagai disiplin dan mendapat rawatan di Hospital Swasta dengan bantuan lebih RM 1.2 juta telah dibelanjakan.

Orang ramai boleh menyumbang kepada MNRB untuk disalurkan kepada pesakit untuk mendapat rawatan. MNRB telah mendapat pengiktirafan dari Perbadanan Wakaf Selangor untuk menerima peralatan perubatan dalam bentuk kerusi roda, katil pesakit, ventilator dan kerusi hemodialisis.

Dr Shaharom bin Md Shariff
Lembaga Pengarah

Sedikit sumbangan kita, boleh jadi peluang besar untuk mereka kembali sihat.

Siapa Medik Nur?

Medik Nur Rahmah Berhad (MNRB) ialah sebuah organisasi berteraskan tanggungjawab sosial yang menumpukan kepada usaha memperluas akses kepada kemudahan rawatan perubatan melalui inisiatif wakaf dan amal jariah. Ditubuhkan dengan matlamat untuk menyebarkan rahmah dalam bidang kesihatan, Medik Nur berperanan sebagai penghubung antara masyarakat yang memerlukan dan para penyumbang yang ingin memberi manfaat berpanjangan.

Melalui program seperti Kemudahan Rawatan Perubatan dan Wakaf Peralatan Perubatan, Medik Nur komited untuk memastikan setiap lapisan masyarakat berpeluang menikmati rawatan yang selamat, berkualiti, dan berasaskan nilai kemanusiaan.

Carta Organisasi

Pemegang Amanah

Dr Shaharom bin Md Shariff
Lembaga Pengarah

Datuk Dr Harlina Halizah binti Hj Siraj
Pengerusi

Prof Emeritus Dato' Dr T Mohd bin T Sambak Ali
Lembaga Pengarah

Mohd Norwafi bin Mohd Naser
Ketua Operasi

Mohd Firdaus Bin Zainol
Perkhidmatan Korporat