Medik Nur Rahmah Berhad (MNRB) ialah sebuah organisasi kebajikan kesihatan yang menumpukan bantuan rawatan kepada pesakit memerlukan melalui inisiatif infaq dan wakaf peralatan perubatan.
Kami berperanan membantu mereka yang tidak mampu mendapatkan rawatan di hospital swasta agar terus mendapat penjagaan kesihatan yang sewajarnya.
Di Medik Nur Rahmah Berhad (MNRB), kami percaya bahawa kesihatan ialah hak semua, bukan keistimewaan. Kami membantu pesakit yang memerlukan melalui bantuan kewangan bagi memastikan mereka mendapat rawatan perubatan berkualiti tanpa halangan kewangan.
Di Medik Nur Rahmah Berhad (MNRB), kami percaya setiap pesakit berhak mendapat kemudahan rawatan yang selesa. Melalui program ini, kami menyalurkan peralatan perubatan seperti mesin hemodialisis dan kerusi roda kepada mereka yang memerlukan dengan segera.